Monday, December 31, 2012

Ya Allah...


Aku dalam keadaan sedih sekarang. Air mata jatuh bila aku teringat pada ibuku yang kini sedang terlantar di hospital. Selama 3 minggu aku bercuti dan duduk di rumah, tiada pula dia sakit. Tapi baru sehari aku pulang ke kolej, ibuku pula dimasukkan ke hospital akibat gastric yang melampau. Muntah yang terlalu kerap dan banyak, ditambah pula penyakit yang dihidapinya menyebabkan dia sakit lebih daripada orang lain. 

Malam sebelum aku pulang ke kolej, aku tidur bersama ibu sementara ayah dan adikku, Sofea tidur di bawah. ngeh3. Sepanjang malam, ibu dan ayah tiduk tidur disebabkan sakit yang ibu alami. Aku kasihan melihat ayah yang perlu berulang-kali mengangkat ibu ke tandas. Ayahku sudahlah kurus, tapi tenaganya memang kuat. Aku yakin semua kekuatan 2 disebabkan kasih serta cintanya pada ibu. 

Ramai yang memuji ayah yang sanggup melayan segala karenah ibu dan anak-anaknya. Betah menjaga ibu yang sakit dan penuhi segala keperluannya. Aku merasa bertuah mempunyai seorang ayah yang sebegitu. Aku tak dapat berikan perkataan untuk menggambarkan peribadi ayah. Aku yakin segala jasa ayah ni akan terbalas jua. Aku yakin Allah S.W.T. merencana segala perjalanan hidup ibu dan ayah. Allah S.W.T tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Aku sentiasa doakan kesejahteraan ibu dan ayah dan ditempatkan di syurgaMu ya Allah.

Hmm. Aku terkilan tidak menjaga ibu ketika dia di hospital. Walhal aku menjaga ramai patient tapi ibuku sendiri?! Lebih-lebih lagi, semua saudara dan keluarga termasuk abangku di Kota Tinggi balik untuk menziarahi ibu. Aku??!! Betapa hancur hatiku. 

Aku tidak boleh meluahkan perasaan di fb kerana aku tidak mahu simpati orang.  Aku bukan jenis sebegitu. Di blog ni pun, aku yakin tiada yang membaca post ni. Aku bukanlah jenis yang menunjukkan kasih sayang terhadap ibubapaku tapi di dalam hati hanya Allah S.W.T yang tahu.  Aku akui aku bukanlah anaknya yang baik atau rajin, tapi aku sayang sangat pada mereka. Aku cuma mampu berdoa disini. Aku berharap doaku adalah doa anak yang solehah yang mampu menolong ibubapa ku kelak. Amin.

Aku yang berwajah ceria tapi berduka lara.

Monday, December 10, 2012

Hidup


Hidup itu cuma sementara. Hanya pinjaman untuk kita melakukan amalan hanya kepada yang Maha Berkuasa. Hidup juga merupakan satu ujian. Adakah kita tegar meneruskan kehidupan menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.

Ya Allah. Aku perlukan kekuatan menghadapi kekalahan ini. Bukan mudah jika kita yang selalu berada di atas, kini jatuh menjunam. Memang bagi orang lain sudah memadai. TAPI, tidak bagi aku. Kini aku sudah jauh ketinggalan daripada semua orang. Oh! Aku perlu terus bangkit dan mengejar semula apa yang telah aku kehilangan. Title of the BEST STUDENT. Yup! Itulah yang menghantui aku.

Thursday, November 15, 2012

Ouch!


Hati aku rasa sakit la sebab disentuh oleh seorang lelaki. 'nyampah'

Ari ni aku berjumpa dengan kekasih aku yang dah 4 bulan x jumpa. Memang x dapat la aku cakap betapa rindunya hati ini pada si dia. 'hakpuih!'



2 je la nak citer. hehe. tata!

muka nak serius je. =P

wink wink.



Saturday, October 20, 2012

Lepak! Lepak!


Petang tadi aku ngan member2 satu wad pergi makan burger special punya kat jejantas. Burger kat situ memang sedap la. X dapat digambarkan. Hoho. Pergi da la lewat, pastu nak kena masuk sebelum kul 7 plak. Mcm hape je! Memang lambat la balik sampai kad matriks kena amek ngan warden . Hahaha!

Tengok je la gambar kitaorang yang giler2 ni. Adoyai~




 wow! kih3.



k bye2! =P


Thursday, October 18, 2012

Love is *&^%$@!!


Amboi! Tajuk nak hebat je kan ko hani. Ingat novel ke hape!

Bukan hape, aku nak melayani perasaan yang makin hari makin parah da. Kalau bawa g hospital, da kena ganti hati lain da. Huhu.

Aku perempuan. Aku manja. Aku gedik. Aku perlu perhatian. Aku perlu ditatang-tatang. Tapi aku x mengharap kau buat semua tu 24jam untuk aku.

Aku minta break, tapi masa tu aku bengang. Aku sakit ati. Aku sedih. Tapi perempuan memang akal pendek. Sebab tu talak diberikan kepada lelaki. Tapi kenapa kau x memahami perasaan aku. Aku nak kau pujuk. Bukti yang kau sayang aku sangat2.

Aku bukan cam perempuan lain yang memaksa. Tapi had kesabaran aku da over limit. Aku memang sedih bila kita da beberapa hari x contact. Saban malam, bantal aku basah. Kalau dikumpul-kumpul satu besen boleh penuh. Kau menyeksa batin aku. Aku x pernah nangis macam ni untuk seorang lelaki macam aku menangisi kau. Aku fikir, kau macam tu jugak ke? Ke aku je?? Masakan aku tau apa yang berlaku kat kau? Tapi serius aku da mula rasa, i can't live without you.

Tapi sampai bila kau nak menjauhkan diri. Kau yang minta jangan mesej, so aku akan tunggu kau untuk mesej aku. Aku harap sangat kita macam dulu. Aku boleh tolerate. Kalau x, macam mana hubungan kita da nak dekat setengah decade.

Aku mahu kita dipanggil sweet couple semula.




Osce Oh Osce!


Hari ini 18 Oktober merupakan hari trial osce bagi pelajar Sem5. Aku plak terpilih menjadi model untuk osce ni kan. Nak cakap untung, x sangat la. Sebab abes badan aku sakit-sakit. Huhu.

Mentang-menatng badan aku kecik, so aku dipilih sekali lagi sebagai model untuk positioning. X baik tau. Diskriminasi berlaku di sini. =(

Malang plak 2, aku dapat position c-shaped untuk prosedur LUMBAR PUNCTURE. Meh aku terangkan sikit pasal prosedur ni. Prosedur ni bertujuan untuk mengambil cecair cerebrospinal di tulang belakang. Macam-macam ragam dan gelagat aku tengok kakak-kakak Sem5 ni wat. Haha.

Ada yang tergagap-gagap, ada yang laju je, ada yang muka xde perasaan dan macam2 lagi. Yang hampeh bila time nak bengkokkan badan aku 2. Ada yang seboleh-bolehnya nak dagu aku bersentuh dengan lutut. Hey! Ingat aku ni gimnastik ke boleh lentur2 badan ni. Huhu. Mula-mula boleh tahan lagi, tapi kalau da sampai 39 orang wat aku, x plak aku jadi bongkok 3. Lalala~


Sakit auw cocok belakang. tapi xde la wat tadi. Hoho

bengkok! bengkok ko!

Tapi walau macam mana pun, bes gak la. 1st time kan aku jadi model. But next time! Aku xmo jadi model untuk positioning lagi. Titik! =P


Wednesday, October 10, 2012

~Neuschwanstein Castle~

                                                
                                                  

Istana Neuschwanstein adalah istana Bavaria pada abad ke-19. Istana ini terletak di puncak pergunungan di Jerman, dekat Hohenschwangau dan F├╝ssen di Bayern barat daya. Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria.

King Ludwig II memantau sendiri pembangunan, design dan dekorasi istana ini. Sayangnya hidup sang Raja berakhir tragis. Setelah tinggal di istananya selama hanya setengah tahun, dia dinyatakan sakit jiwa dan kemudian ditemukan mati tenggelam di Lake Starnberg. Sampai sekarang, masih belum diketahui apa yang sebenarnya terjadi.

Tujuh minggu setelah wafatnya King Ludwig II pada tahun 1886, Neuschwanstein castle dibuka untuk umum. Sekarang istana ini dikunjungi oleh 1,3 juta pelancong setiap tahun. Ironinya, King Ludwig II mendirikan istana ini untuk dirinya secara peribadi.

Masih banyak ruangan di dalam istana yang tidak diselesaikan. Meskipun demikian, ruangan-ruangan yang sudah siap sungguh memukau. It's like living in a fairy tale. Kamar tidur sang Raja diisi oleh tempat tidur besar dengan tiang kayu di keempat hujungnya, dan di bahagian atasnya penuh dengan ukiran gambar semua katedral di Bavaria. Ada juga pintu rahsia yang menuju ke toilet, tempat cuci tangan yang berbentuk angsa. Dekorasi dan lukisan dalam istana banyak mengambil inspirasi dari opera-opera yang ditulis oleh Richard Wagner, komposer kesayangan sang Raja.

                           

Ruangan yang tak kalah cantik adalah the throne room, dihias oleh lukisan-lukisan di seluruh temboknya dan mozaik di lantainya. Ada juga The Singers' Hall yang dibangun khusus untuk pertunjukan musik dan drama. King Ludwig meninggal sebelum sempat menyaksikan pertunjukan apa pun di tempat itu, namun tempat dengan akustik yang baik itu sampai sekarang masih dipakai.

                               

Pemandangan ke luar dari dalam istana sendiri tak kalah mengagumkannya. Langit yang sedikit berawan, gunung dengan sedikit salju di pucuknya, danau biru, hutan yang masih lebat dan istana Hohenschwangau sendiri.

Ruangan favorit pengunjung adalah The Grotto, yang dibentuk seperti gua lengkap dengan air terjun mungil dan taman kecil untuk bersantai. Musik dari Singers' Hall juga dapat dinikmati dari tempat ini.

Yang menakjubkan, walaupun dibangun pada abad ke-19 dan terlihat kuno, istana itu dibangunkan dengan menggunakan banyak teknologi moden demi kenyamanan penghuninya. Contohnya, hot air central heating, air panas dan air dingin di dapur, automatic flushing system di toilet. Istana juga dilengkapi oleh bel listrik untuk memanggil para pelayan, pesawat telepon dan juga lift.

Kerana pengunjung tidak dibolehkan mengambil gambar dalam istana, foto hanya terbatas pada bahagian luar istana saja.



p/s : lepas Venice, aku nak ajak laki aku g sini. (^_^)


Sunday, October 7, 2012

Lelaki? Jejaka?


Salam u olls! Ari ni mood nak mengarut je. Hot topic yang aku selalu melalut ialah mengenai kaum yang berlainan jantina dengan aku that is B.O.Y!

Kadang-kadang pening kepala bila fikir pasal diorang ni. Bila cakap sayang, kita xtau dia sincere ke x. How can we know?? Diorang hebat bila melafazkan kata cinta tapi mostly haprak! Hanya omong kosong yang sering buat kita jatuh, lemah dan terlentok pada diorang. 

Aku bukan x puas ati cuma saja kan nak melalut. Kan aku da cakap aku nak melalut. Ish!

Berbalik pasal hot topic kita. Tugas lelaki adalah menjadi seorang khalifah yang mana membimbing wanita ke arah yang diredhai Allah S.W.T. Tapi! Why? And why? Zaman sekarang ramai yang mendorong kita, wanita ke lembah yang hina, dikutuk. Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang soleh, beriman, ada janggut sikit *wink wink menjadi teman hidup di dunia dan peneman di akhirat kelak. InsyaAllah.

Ah! Aku da xde idea nak melalut pasal lelaki ni. Pape hal lu pk la sendiri wahai lelaki!! @#$%!

Saturday, October 6, 2012

Worse Day Ever~


Hari ni hari Jumaat, 5 Oktober 2011. Seawal pukul 5.30 pagi, aku da bersiap2 nak g wad 1-1. Mula2 semuanya berjalan smoothly. Cam bese la, dengar report, wat bed making segala. Memang rutin la benda alah 2. Kemudian, aku tolong Jiha wat ECG. Selama ni mesin 2 ok je, tapi hari ni ia wat hal plak! Hangin betol! Tapi dengan berkat usaha kami bertiga termasuk Anis, akhirnya dapat jugak result jantung pt thalassemia 2. Huhu.


Next, da pukul 8 lebih so 'OBSERVATION TIME'. Ari ni cam malas plak kan nak wt benda alah ni, so aku ngan Jiha pun serve la ubat bersama staffnurse. Masa nak serve ubat untuk patient Bed 2 iaitu makcik Jendul, aku tersalah bagi kat makcik sebelah Bed 2A, makcik Johara! Giler ko! Aku jadi kelam kabut bro!! Debor2 ati ni. I asked Jiha, "Apa aku nak wat ni??"

gini r muka aku time 2. hoho.

Tapi, alhamdulillah aku segera diberi akal fikiran supaya memanipulasikan keadaan. Aku x berani r nak cakap ngan staffnurse. Takot kena debik. Huhu. Nasib bek xde pape buruk yang berlaku kat patient.

The moral is before we serve medicine, we must ask their names so we give to the right patients! Understand Hani?? Kang x pasal2 aku jadi punca kematian orang. Minta2 dijauhkan. Huhu.


Sunday, September 30, 2012

30 September 2012


Salam.
Hari ni seharian aku hang out dengan members tercinta. Lokasi dekat Jaya Jusco Melaka. Malas nak pergi jauh2, wat penat je.

Aktiviti :
1. Tengok wayang cerita Bait. (nsem wooo hero!)
2. Pusing satu jusco.
3. Karaoke!

Then, balik. hehe.
Malas nak celoteh lagi, gembar je la aku kasi. Wee~

Puteri Nor Ain

Ummu Syakirah

Hani Suraya

3 gojes gurls =P

Depan panggung wayang.

Kat KBox!

Dats all. Tata!


Thursday, August 30, 2012

MERDEKA??


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tanggal 31 Ogos 1957, perkataan itulah yang dilaungkan oleh semua bangsa, tidak kira umur atau darjat. Laungan itu menandakan kita bebas daripada penjajah yang berabad menakluki tanah air kita.

Kini tahun 2012, sudah 55 tahun kita menyambut merdeka. Setiap tahun kita meraikan hari kemerdekaan, laungan itu diulang-ulang. Malam merdeka, kita berpusu-pusu pergi ke dataran, sanggup menempuh segala cabaran, berhimpit dengan ramai orang SEMATA-MATA ingin menyambut kemerdekaan. 
Aktivitinya?? Pusing-pusing sekeliling dataran, melihat ragam orang yang telah MERDEKA, 'usha' yang berlawanan jantina, DAN paling utama tujuannya ingin melihat bunga api. =)

Hakikatnya kita telah merdeka dari segi fizikal, iaitu bebas dari jajahan bangsa lain tetapi dari segi pemikiran serta perbuatan, kita masih lagi dijajah oleh anasir-anasir yang pandai memanipulasi. Mengapa saya mengatakan demikian? Adoyai, lihatlah sekeliling kita!

Pertama sekali, lihat anak-anak Malaysia sekarang yang taksub dengan hiburan. Muzik, tarian yang telah berleluasa tanpa sekatan oleh PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB. Pemikiran mereka hanya mudah dijajah serta dilekakan dengan  unsur-unsur sebegini. Apa motifnya mereka ini disogokkan dengan hiburan? Supaya mereka tiada masa untuk memikirkan perkara yang lebih penting CONTOH memikirkan perkara yang boleh meningkatkan nama negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kalau sudah khayal dengan hiburan, masakan kita boleh berfikir secara kritis. Budaya Barat yang ternyata terpesong KINI menjadi ikutan anak bangsa kita. 

Merdekakah kita sekiranya kita tiada kekuatan menentang kezaliman. Ketidakadilan yang berlaku daalm negara kita, fitnah-memfitanh menjadi mainan dalam mencapai apa yang dihendaki. Contohnya sukar, takut saya dikatakan blogger penghasut. Tet! Takut saya. Selain itu, kita tidak mempunyai hak untuk bersuara sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Jika diluahkan, memang naya jawabnya. Merdekakah kita??

Rakyat negara kita juga masih ramai yang dibelenggu kemiskinan. Bebaskah kita?? Oh tidak! Jurang diantara yang kaya dan miskin sangat ketara. Kalau bapanya Datuk, anak juga tidak kurang hebat. 7 keturunan tidak habis makan. Saya random saja, jangan ada yang terasa. =P

Merdekakah kita daripada kebodohan? Kebodohan mengikut segala tindakan yang tidak betul. Kebodohan dalam menilai mana yang benar dan salah. Kebodohan yang mana pahala dan dosa?

Hakikatnya, kita harus sedar yang kita ini masih belum merdeka. Tidak usahlah kita terlalu alpa dengan kemerdekaan yang dikatakan ini. Kita hanya akan benar-benar merdeka apabila kita berjaya melalui sirat/titian ke syurga. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN dan harapan semoga kita benar-benar menghayati makna sebenar merdeka. Sekian. Salam.



Saturday, July 21, 2012

Ok...


Sekarang aku da tahu. Tahu semuanya.
Bubye. Semoga bahagia. 



i will try 2 forget u.

Sunday, July 15, 2012

Acecah!!


Salam u alls. Entry kali ni nak citer pasal hari yang malang wat aku ngan member2. Baca la kalau nak, xmo baca xpyh! =P

5.15am 
Aku bangun pagi bersama roommate ku Aimi. Dengan merungut aku bangun n g mandi.

6.20am
Tunggu bas kt depan pondok guard. Janji nak amek kul 6.30 tapi cam ****! And then, ketua semester 'Kak Zimah hak puih!' cakap trip nak g KL tukar kul 8.30. Cam ****! Pastu kena tukar baju tshirt kolej plak sedangkan aku da gosok baju korporat yang ssh giler nak gosok. Gggr!

8.50am
Bas baru nak sampai. Janji Melayu mmg gitu! Bermulalah perjalanan ke KLCC.

12 lebih tengahari (xhingat waktu sbnr!)
Sampai di KLCC and mulalah jadi cam hape. Mencari hala tuju yang sebenar. Ke hulu ke hilir cam ape je. Da la sesak ngan manusia yang berbagai ragam. Yang itu yang ini. Bla bla bla. Aku ngan member bertanya antara satu sama lain, "Kita nak g mana ni?" "Eh! pusing balik?" "Ah! Penat la! Cam tahi!" and banyak la lagi persoalan yang kami sendiri xtahu nak jawab. Uwaaaaaa!! "Balik la balik la." Itu la yang selalu aku cakap. Ngee~

1.30-3pm
Kitaorang merayau-rayau kt Konvesyen Centre sbb de PC Fair. Kalau de duit syok la. Berkenan je beli. Ni duit pun cukup2 nak beli aiskrim sebatang. Tapi aku dpt la gak beli 1 brg. Ape dia? Rahsia la! =P

Da la. Penat jalan. Kitaorang pun balik! Dalam perjalanan balik, bas plak wat hal. Ade mslh ngan enjin, so kitaorang pun dapat la naik kete lembu. Ape x nye. 20km/jam. lalala~

 Hah tengok la gambar2 yang diambil masa tgh tension.


 Senget2!

 Boooooooooo!!

 Pelarian Indon.

 Wakaka!

Pening2.

We r gojes. =P

Actually benda alah kt KLCC 2 adalah iM4U iaitu 1 Malaysia 4 youth. Tujuan benda alah ni cam hape je. Untuk manfaat belia. Kita menggalakkan belia pebende ntah aku baca tadi. Da lupe. Tapi yang penting 4 me its useless. No benefit at all! Memang merugikan masa je pergi tempat2 cmni. Sesape yang x setuju ngan aku, so what? Ni blog aku, so suke ati la. Bla bla bla. 

Daaa~ Salam. =) 

Monday, July 9, 2012

Buang tension! =)


Salam u alls. Yesterday kan i dgn kengkawan I g keluar untuk menghilangkan ketensionan. Walaupun assignment menggunung, tapi kite redah saja! Da la kuar seminggu sekali je. X bebas betol! @#$%%!

Eh! Aku tulis post ni bukan nak memaki hamun, tapi nak citer psl semalam la. Kami g Giant tau. (bangga)  Tempat 2 'meriah' sgt! Teruja kami. Huhu. Kami g jalan kaki. Bukan pe, sebagai seorang nurses, kami perlu menjadi contoh kpada orang lain. Berjalan kaki 2 bagus untuk membakar lemak ye kawan2. =P

Aku malas nak taip panjang2, tengok je la gambar kat bawah ni. Ngee3~

.

.

.


Otw nak g Giant. =)
Xdo kojo dak2 ni. Aish!



Melantak di Pizza Hut! =D

BEFORE

AFTER



Ish3!


Waduh! Waduh! Bape lame xmkn dak2 ni. Haha


3 sahabat <3

Pheewit2!

Pheewit2 lagi!



Di KBOX!

Kami xpandai nyanyi. Huhu.
Khusyuk benor nyanyi 2! =P


Da puas melalak da. Yeahhh!

Hah! Ni kat ladies. Hoho.

Psst! Psst! Puas da tengok 2?? Cukup la 2. Pape pun, kami have fun benor semalam. Bila nak hang out lagi?!

Daaa~

Saturday, July 7, 2012

Ape laaaaa...


Salam aku ucapkan kepada readers sekalian. Huh! Nerd sungguh! =p 
Aku nak citer ni. Aku baru je lepas tengok movie ngan roommate aku. Citer Piranha. Citer 2 da lama, tapi kitaorang baru nak tengok. Ketinggalan cikit. Hehe. 

.


.


.


.


.


.

Citer nye BODO sgt!!!!
Nasib bek la aku tak tengok kat cinema. Kalau tak! Confirm aku maki lepas keluar panggung. 
Bukannya pe, jalan citernye ntah pape. Tak logik sungguh! And banyak adegan tut tut.
Aku tak kisah la orang puteh 2 nak naked ke hape!
Tapi! Macam mne citer mcm ni bleh lepas ke Malaysia?
Teruk betol! Takde sekatan langsung!
Pe yang orang berkuasa wat? Tak amek tindakan ke hape?
Mesti amek rasuah ni. Hah! Mula la aku berprasangka buruk ni. Tapi memang cam hampeh la.
Patut la dak2 sekarang ni berani je ikut contoh dalam citer ni.
Kalau sesetengah budak berpikiran elok, dia akan jadikan citer ni sebagai #%$&! tapi kalau yang berpikiran tak matang lagi, mudah terikut-ikut confirm akan copy paste sume dalam citer ni.

Konklusinya, sama2 la kita berdoa supaya kita tak tergolong dalam kumpulan manusia mcm ni. Takut sangat. Huhu. 

K la. Daaa~ Salam. =)


Tuesday, June 26, 2012

Yeay!!


Salam u olss!! Hari ni kan 1st day aku masuk ke dalam kelas sebagai pelajar Semester 3. Ye Semester 3 ye!
Kejap je aku da sem 3. Rasa sekejap je. Nanti sekejap je da nak kawen. Ngee~

Then aku dapat result sem 2. Debor tau! Aku x berapa nak mengharap untuk sem 2 ni coz aku rasa aku jawab ntah pape je. Then time OSCE pun cam hampeh! Saat aku dengar resultku di baca. Air mata aku terus mengalir! Tet! Gembeng la ko hani!

Eh! Bukan pe. Result yang aku dapat untuk semester 2 ni sebijik sama cam dalam mimpi aku. Aku rasa terkejut. Terkesima tau! Malu je nangis depan orang. Tapi nangis pun tetap comel.Hakhak! Alhamdulillah dapat semua A walaupun de gak A-. Eh! Kira A la 2 kn?? =P 

Pointer aku 3.81. Hip! Hip! Hooray! But aku sedih gak la sebab best student beza 0.01 je. Huhu. Da rezeki dia. Melepas la aku nak dapat rm50! Ceh! Ini yang menaikkan semangat aku untuk semester 3. Target! 4.0 if possible. But nothing is impossible! Hoho. 

Pape pun, ni semua untuk menggembirakan hati kedua-dua makbapak aku. Sayang diorang sangat2. Ni yang nak menitis lagi air mata ni! Argh! Dush3!


Dats all 4 tonight! Daaa~

p/s : esok aku present untuk KIK. Wish me luck walaupun aku xnk menang. hoho.


Tuesday, June 12, 2012

Whoaaaahh!!


Salam. Hey u alls!!

Tengok channel DIVA x?? Ala! channel 702 la. U know what!

TADAAAAAA!!


A new cooking series dat will shown soon. Omg! Omg! X sabar!

Hot -hot nye la sume jejaka dalam ni. 
I x tau la, i tengok masakan diorang ke i tengok badan diorang nanti. Opps!!

Abaikan tadi! Gurau je. Ngee~

Meh i kenalkan antara chef2 yang hot ni. Auww!

First! Tom Price!


Second is Peter Davis!

Next! Here UTT! Xtau nama sebenar. Wee~


Guys! He's Drew Rivera. =)


Okay! Next he's mine. George Young.


Last but not least. Malay man dat huv married. =( Redza Minhat


Yummy! Yummy!

Watch out gurls! Dun forget to watch them. Eh! Watch how they cook. Kita kn orang pompuan. =P

Daaaaaaaaaaa~