Aku dalam keadaan sedih sekarang. Air mata jatuh bila aku teringat pada ibuku yang kini sedang terlantar di hospital. Selama 3 minggu aku bercuti dan duduk di rumah, tiada pula dia sakit. Tapi baru sehari aku pulang ke kolej, ibuku pula dimasukkan ke hospital akibat gastric yang melampau. Muntah yang terlalu kerap dan banyak, ditambah pula penyakit yang dihidapinya menyebabkan dia sakit lebih daripada orang lain.
Malam sebelum aku pulang ke kolej, aku tidur bersama ibu sementara ayah dan adikku, Sofea tidur di bawah. ngeh3. Sepanjang malam, ibu dan ayah tiduk tidur disebabkan sakit yang ibu alami. Aku kasihan melihat ayah yang perlu berulang-kali mengangkat ibu ke tandas. Ayahku sudahlah kurus, tapi tenaganya memang kuat. Aku yakin semua kekuatan 2 disebabkan kasih serta cintanya pada ibu.
Ramai yang memuji ayah yang sanggup melayan segala karenah ibu dan anak-anaknya. Betah menjaga ibu yang sakit dan penuhi segala keperluannya. Aku merasa bertuah mempunyai seorang ayah yang sebegitu. Aku tak dapat berikan perkataan untuk menggambarkan peribadi ayah. Aku yakin segala jasa ayah ni akan terbalas jua. Aku yakin Allah S.W.T. merencana segala perjalanan hidup ibu dan ayah. Allah S.W.T tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Aku sentiasa doakan kesejahteraan ibu dan ayah dan ditempatkan di syurgaMu ya Allah.
Hmm. Aku terkilan tidak menjaga ibu ketika dia di hospital. Walhal aku menjaga ramai patient tapi ibuku sendiri?! Lebih-lebih lagi, semua saudara dan keluarga termasuk abangku di Kota Tinggi balik untuk menziarahi ibu. Aku??!! Betapa hancur hatiku.
Aku tidak boleh meluahkan perasaan di fb kerana aku tidak mahu simpati orang. Aku bukan jenis sebegitu. Di blog ni pun, aku yakin tiada yang membaca post ni. Aku bukanlah jenis yang menunjukkan kasih sayang terhadap ibubapaku tapi di dalam hati hanya Allah S.W.T yang tahu. Aku akui aku bukanlah anaknya yang baik atau rajin, tapi aku sayang sangat pada mereka. Aku cuma mampu berdoa disini. Aku berharap doaku adalah doa anak yang solehah yang mampu menolong ibubapa ku kelak. Amin.
1 comment:
hani sayang,kuatkan semangat! doakan yg terbaik utk mak ayh ok..saat kita jauh, yg terbaik ialah doa..
Post a Comment