Thursday, August 30, 2012

MERDEKA??


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tanggal 31 Ogos 1957, perkataan itulah yang dilaungkan oleh semua bangsa, tidak kira umur atau darjat. Laungan itu menandakan kita bebas daripada penjajah yang berabad menakluki tanah air kita.

Kini tahun 2012, sudah 55 tahun kita menyambut merdeka. Setiap tahun kita meraikan hari kemerdekaan, laungan itu diulang-ulang. Malam merdeka, kita berpusu-pusu pergi ke dataran, sanggup menempuh segala cabaran, berhimpit dengan ramai orang SEMATA-MATA ingin menyambut kemerdekaan. 
Aktivitinya?? Pusing-pusing sekeliling dataran, melihat ragam orang yang telah MERDEKA, 'usha' yang berlawanan jantina, DAN paling utama tujuannya ingin melihat bunga api. =)

Hakikatnya kita telah merdeka dari segi fizikal, iaitu bebas dari jajahan bangsa lain tetapi dari segi pemikiran serta perbuatan, kita masih lagi dijajah oleh anasir-anasir yang pandai memanipulasi. Mengapa saya mengatakan demikian? Adoyai, lihatlah sekeliling kita!

Pertama sekali, lihat anak-anak Malaysia sekarang yang taksub dengan hiburan. Muzik, tarian yang telah berleluasa tanpa sekatan oleh PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB. Pemikiran mereka hanya mudah dijajah serta dilekakan dengan  unsur-unsur sebegini. Apa motifnya mereka ini disogokkan dengan hiburan? Supaya mereka tiada masa untuk memikirkan perkara yang lebih penting CONTOH memikirkan perkara yang boleh meningkatkan nama negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kalau sudah khayal dengan hiburan, masakan kita boleh berfikir secara kritis. Budaya Barat yang ternyata terpesong KINI menjadi ikutan anak bangsa kita. 

Merdekakah kita sekiranya kita tiada kekuatan menentang kezaliman. Ketidakadilan yang berlaku daalm negara kita, fitnah-memfitanh menjadi mainan dalam mencapai apa yang dihendaki. Contohnya sukar, takut saya dikatakan blogger penghasut. Tet! Takut saya. Selain itu, kita tidak mempunyai hak untuk bersuara sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Jika diluahkan, memang naya jawabnya. Merdekakah kita??

Rakyat negara kita juga masih ramai yang dibelenggu kemiskinan. Bebaskah kita?? Oh tidak! Jurang diantara yang kaya dan miskin sangat ketara. Kalau bapanya Datuk, anak juga tidak kurang hebat. 7 keturunan tidak habis makan. Saya random saja, jangan ada yang terasa. =P

Merdekakah kita daripada kebodohan? Kebodohan mengikut segala tindakan yang tidak betul. Kebodohan dalam menilai mana yang benar dan salah. Kebodohan yang mana pahala dan dosa?

Hakikatnya, kita harus sedar yang kita ini masih belum merdeka. Tidak usahlah kita terlalu alpa dengan kemerdekaan yang dikatakan ini. Kita hanya akan benar-benar merdeka apabila kita berjaya melalui sirat/titian ke syurga. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN dan harapan semoga kita benar-benar menghayati makna sebenar merdeka. Sekian. Salam.