Wednesday, June 29, 2011

Tidak ku sangka...


Masa berlalu dan tinggal berapa hari saja aku berada di rumah. Walaupun payah, harus ku lalui jua. Aku bukan pergi untuk selamanya tapi hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. =p

Seperti orang lain yang mahu pergi jauh (jauh la sgt!). Aku berkemas-kemas menyiapkan pakaian dan bahan2 keperluan lain untuk terus hidup. Pe la aku melalut ni. Sedang aku membuka beg pakaian, aku terpaku seketika pabila melihat 3 pucuk surat yang tidak pasti asal usulnya.

Lantas aku membukanya dan ternyata ketiga-tiga surat berkenaan daripada adikku, Hani Sofea. Aku hairan sejak bila budak kecil ni tulis surat?? Untuk apa surat itu??

Oh! Aku rasa sedikit terharu. Al-maklumlah hatiku ni agak keras. Segera aku menunjukkan surat berkenaan kepada ayah. Ayah ketawa kecil lalu berkata, "Dia sayang ko hani.".

"Ibu! Ibu! Tengok ni!" aku menyerahkan pula kepada ibu.

Seperti bese la, ibu-ibu yang berhati sensitif pasti akan mengeluarkan air mata. Aku ketawa melihat kejadian itu. =))

Tidak ku sangka dimulut dinyatakan aku kakak tirinya tapi dihati, akulah heronya..(bajet siak aku!)


Yang baju hijau 2 aku, pink 2 dia..

Lagi 2 aq xsempat nak upload..haha..

Konklusinya, saya sangat sayang akan adik saya..=p


4 comments:

Lia Irdelia said...

terharu... :)

Hani Suraya said...

haha...sme la..=)

Mai said...

comeii laa..hahaa..pegang handbag eh?? XD

OKED Choki Choki said...

oyea....jom tgk muvi....hehehe