Wednesday, June 29, 2011

Adek aq ganster oooo!!


Tepat pukul 2 p.m. tadi, kelihatan sebuah kereta berwarna biru datang ke perkarangan rumahku. Ku lihat seorang budak perempuan berbadan gempal menuju ke pintu pagar. Kemudian terdapat dua orang dewasa, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Setelah ku amati betul-betul, ternyata mereka ialah adik dan ibu bapa ku. Daaa~~

Seperti biasa, adik ku terus menuju ke dalam rumah. Tetapi tidak bagi ibu bapaku. Air muka mereka menunjukkan ada sesuatu tidak kena yang telah berlaku.

Lalu aku bertanya, "Ada apa ibu dan ayah?"
Mereka menjawab, "Adikmu telah melakukan satu kesalahan yang agak besar."
Aq terdiam lalu bertanya lagi, "Kesalahan apa ayahanda?"
"Adikmu telah menumbuk seorang budak lelaki di kelasnya sehingga terpaksa di bawa ke klinik."

6 tahun lalu


Ustaz ku tiada di dalam kelas. Apalagi yang selalu dilakukan oleh anak kecil berusia 12 tahun melainkan berlari-lari bersama kawan. Antara anak kecil yang xberapa kecil itu termasuk aku. Bersama teman baikku, Aminin Sadida, kami bermain-main seolah-olah kelas itu kami yang punya.Haha. Tapi terdapat anasir jahat yang selalu dengki akan kami berdua. Mereka adalah budak lelaki yang selalu mengusik aku. Seorang budak lelaki yang kononnya mahu bergurau telah menyebabkan aku terjatuh di dalam kelas. Disebabkan marah yang teramat sangat, aku telah menumbuk muka budak lelaki itu sehingga berdarah. Baru kau kenal siapa aku. Jangan di sangka muka yang comel itu ayu ya! Perasan sudah!

Berbalik pada kisah adikku, aku hanya dapat ketawa dan menyokong tindakannya. Ibu dan bapaku hanya menggelengkan kepala mereka seraya berkata, "Apa punya kakak la kau ni hani."

Tapi aku cuma mengambil enteng saja teguran mereka. Padaku, dengan berbuat sedemikian barulah anak-anak kecil yang lain gentar dan takut sama kita. Haha! Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, melainkan kuah tu terjatuh atas lantai. =)




10 comments:

AnwarHas said...

hahahaha!!!gangster la semua!takut ni..huhu

Hani Suraya said...

hahaha...

baik berhati-hati..=p

~nsar~ said...

hahaha.. samseng ooo..

AnwarHas said...

kuat giler sofea tumbuk sampai msuk klinik..haha

Hani Suraya said...

~nsar~ : hahahaha...

Hani Suraya said...

Anwar : dak laki 2 kecik je..sofea da r besor..haha..

fawzeah zea said...

bgs2..bdk llki pun xbrani nk kcau ;)

Maii Yusre said...

cumei je dia..hahaha..muka nampak lembut.. XD

Hani Suraya said...

fawzeah zea : betol 2! haha..

Hani Suraya said...

maii yusre : haha..muke bleh bohong..