Terimbau kembali saat pertama aku menjalankan tugas sebagai seorang jururawat pelatih di Hospital Melaka. Bayangkan umurku yang baru sahaja 18 tahun, tidak pernah terbayang akan melayan segala karenah dan perangai pesakit-pesakit. Entah aq mampu melayan mereka dengan baik atau tidak.
Tapi berbekalkan ilmu yang telah aku pelajari semasa di kuliah, aku merasa yakin ketika ingin memberikan perawatan kepada pesakit. First time aku memegang bp set yang manual. First time aku memegang tangan pesakit dengan lemah lembut. First time aku bercakap dengan pesakit. Semuanya first time bagiku. Aku akui aku bukanlah seorang yang peramah pada orang yang baru aku kenali. Tapi kalau sudah menjadi jururawat pelatih, tidaklah aku hendak berdiam seribu bahasa.
Tanggungajawabku semasa berada di Semester 1 ialah mengambil observation pesakit. Ia termasuklah mengambil suhu, tekanan darah, nadi serta pernafasan pesakit. Pada mulanya aku seperti terkial-kial hendak melakukan prosedur tapi setelah bebrapa lama di wad, aku sudah mahir dan cekap. Betullah seperti peribahasa, 'alah bisa tegal biasa'. Aku sekarang sudah boleh diharapkan. =)
No comments:
Post a Comment