Tuesday, June 26, 2012

Yeay!!


Salam u olss!! Hari ni kan 1st day aku masuk ke dalam kelas sebagai pelajar Semester 3. Ye Semester 3 ye!
Kejap je aku da sem 3. Rasa sekejap je. Nanti sekejap je da nak kawen. Ngee~

Then aku dapat result sem 2. Debor tau! Aku x berapa nak mengharap untuk sem 2 ni coz aku rasa aku jawab ntah pape je. Then time OSCE pun cam hampeh! Saat aku dengar resultku di baca. Air mata aku terus mengalir! Tet! Gembeng la ko hani!

Eh! Bukan pe. Result yang aku dapat untuk semester 2 ni sebijik sama cam dalam mimpi aku. Aku rasa terkejut. Terkesima tau! Malu je nangis depan orang. Tapi nangis pun tetap comel.Hakhak! Alhamdulillah dapat semua A walaupun de gak A-. Eh! Kira A la 2 kn?? =P 

Pointer aku 3.81. Hip! Hip! Hooray! But aku sedih gak la sebab best student beza 0.01 je. Huhu. Da rezeki dia. Melepas la aku nak dapat rm50! Ceh! Ini yang menaikkan semangat aku untuk semester 3. Target! 4.0 if possible. But nothing is impossible! Hoho. 

Pape pun, ni semua untuk menggembirakan hati kedua-dua makbapak aku. Sayang diorang sangat2. Ni yang nak menitis lagi air mata ni! Argh! Dush3!


Dats all 4 tonight! Daaa~

p/s : esok aku present untuk KIK. Wish me luck walaupun aku xnk menang. hoho.


Tuesday, June 12, 2012

Whoaaaahh!!


Salam. Hey u alls!!

Tengok channel DIVA x?? Ala! channel 702 la. U know what!

TADAAAAAA!!


A new cooking series dat will shown soon. Omg! Omg! X sabar!

Hot -hot nye la sume jejaka dalam ni. 
I x tau la, i tengok masakan diorang ke i tengok badan diorang nanti. Opps!!

Abaikan tadi! Gurau je. Ngee~

Meh i kenalkan antara chef2 yang hot ni. Auww!

First! Tom Price!


Second is Peter Davis!

Next! Here UTT! Xtau nama sebenar. Wee~


Guys! He's Drew Rivera. =)


Okay! Next he's mine. George Young.


Last but not least. Malay man dat huv married. =( Redza Minhat


Yummy! Yummy!

Watch out gurls! Dun forget to watch them. Eh! Watch how they cook. Kita kn orang pompuan. =P

Daaaaaaaaaaa~


Monday, June 11, 2012

Cinta Monyet = Cinta Sejati


Love? Love? What the hell is love?? Blablabla...

Cinta monyet la the most sweet moment for me. Kecik2 da pandai bercinta ye ko! Mak anta pergi blaja baca buku, ko pergi blaja bercinta! Biasa die!

Aku x nk specific pada aku, biar secara umum. Ngee~ Memang bila umur dah meningkat, hati kita akan tertarik pada berlainan jantina. Aku pun camtu gak. Bila dua hati tertarik antara satu sama lain, hati tersebut tak boleh menolak. Tolak2 jatuh plak. Err ape ni?? Aku xtau pe aku nak kata.

My apes love. I miss u alls. Haha. Cam ramai kn. Tapi xde la.Xsampai teeeeeeeeeeeeettt pun. =P  thanks 2 u alls kerana mengajar aku erti kasih sayang. Memang kasih sayang yang diberi berlainan. Ada yang okay, ada yang hampeh. Tapi kenapa ada yang aku x boleh lupa?? Daaaaaaaaaa~

Cinta sejati??? I hope sekarang ni aku da jumpa cinta sejati. With who?? I'm sure u'lls know dat guy. Malas nak bgtau lg. Buek! 

But if we doesn't meet our apes love, i'm sure we'll not found our true love. Am i rite?? Kita cuma betul2 tau bila kita tahu. Haha. Da la! Aku x tau nak tulis pe lagi. Ini sume mengarut je!

Ayah! Kawenkan aku! 


I love u. Really. <3

Monday, June 4, 2012

Pengalaman mencuci najis.


"Adik peepless! Cuci B.O pakcik ni ye."

Hai inilah nasib menjadi jururawat pelatih Semester 1. Kami akan diserang dengan senior yang pemalas. Disuruhnya kami mencuci B.O. Apa itu B.O.?? Ia adalah singkatan bagi bowel open.

First time aku mencuci najis orang. First time aku melihat kemaluan orang. Bayangkanlah betapa gementarnya aku. Tidak dapat aku sangkalkan itu merupakan pengalaman yang lucu. Mana ada di kuliah, kami belajar cara mencuci najis pesakit. Harus lap pakai apa? Basuh pakai apa? Sabun Dettol ke? Aku tidak tahu. Barulah aku sedar, yang aku ini masih banyak yang tidak tahu.

Senior Semester 2, Kak Lela lah yang menunjukkan aku cara-cara mencuci najis. First time in my life. Aku lihat dia mencuci dengan bersih. Kak Lela ni memang bagus. Barulah aku tahu sekarang cara mencuci najis pesakit. Hehe.

Lepas itu, kalau bab mencuci najis, kamilah budak Semester 1 yang mencucinya. Servis cuci B.O. biar kami  yang handle. =P


1st time..


Terimbau kembali saat pertama aku menjalankan tugas sebagai seorang jururawat pelatih di Hospital Melaka. Bayangkan umurku yang baru sahaja 18 tahun, tidak pernah terbayang akan melayan segala karenah dan perangai pesakit-pesakit. Entah aq mampu melayan mereka dengan baik atau tidak.

Tapi berbekalkan ilmu yang telah aku pelajari semasa di kuliah, aku merasa yakin ketika ingin memberikan perawatan kepada pesakit. First time aku memegang bp set yang manual. First time aku memegang tangan pesakit dengan lemah lembut. First time aku bercakap dengan pesakit. Semuanya first time bagiku. Aku akui aku bukanlah seorang yang peramah pada orang yang baru aku kenali. Tapi kalau sudah menjadi jururawat pelatih, tidaklah aku hendak berdiam seribu bahasa.

Tanggungajawabku semasa berada di Semester 1 ialah mengambil observation pesakit. Ia termasuklah mengambil suhu, tekanan darah, nadi serta pernafasan pesakit. Pada mulanya aku seperti terkial-kial hendak melakukan prosedur tapi setelah bebrapa lama di wad, aku sudah mahir dan cekap. Betullah seperti peribahasa, 'alah bisa tegal biasa'. Aku sekarang sudah boleh diharapkan. =)