Saturday, June 15, 2013

Perit


Perit. Hati ni terasa perit.

Pedih. Pedih bagai dihiris.

Sakit. Sakit bila diabaikan.

Perasaan yang pertama kali ku rasa. Tidak ku duga, kaulah yang membuat ku rasa seperti ini. Aku bodoh membiarkan perasaan ni berlanjutan. Ku leka dengan kebahagian yang kau berikan. Aku lupa yang kau mempunyai yang lain.

Saban hari aku terseksa. Saat mataku terbuka, wajahmu menjelma. Sebelum memejamkan mata, dirimu yang kenang. Syaitan apa yang telah merasuk ku ini. Begitu alpa dengan cinta di dunia. Aku berlagak kuat, tap selalu tewas.

Kau mengajar aku erti bahagia. Begitu juga derita. Bersamamu ku rasa seperti kanak-kanak keriangan mendapat manisan. Tanpamu ku rasa dunia gelap tanpa sesiapa. Aku membayangkan dikau bersama si dia dan itu amat-amat menyeksakan aku. Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini. Aku berserah pada takdirmu. Aku berdoa yang terbaik buat kami berdua.

Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui  apa yang terbaik untuk hambamu. Andai jodoh kita masih kuat, InshaAllah kita pasti bertemu. Amin.

3 comments:

Irsalina Isa said...

good luck hani
^_^
aku doakan dia jodoh kau

Eliza Sulaiman said...

jangan risau hani,

janji Allah itu pasti :)

Hani Suraya said...

thanks u alls. =)