Sunday, August 11, 2013

T.R.U.S.T.


Trust.

Penting sangat dalam perhubungan.

Kau x percaya aku, macam mana hubungan kita ni nak kekal?? Aku jujur dengan kau. Ikhlas dengan kau. Tapi aku tak dapat meyakinkan kau untuk percaya kat aku.

Aku perlu wat macam mana lagi??

Sekarang kau x percaya aku. Apa aku cakap kau x percaya. Aku cuma berdoa dan harap agar kau percaya balik pada aku. Dan aku akan sentiasa jujur pada kau x kira apa pun perkara.

Harap kau pun begitu.


Please trust me.



Tuesday, July 23, 2013

Karma

Karma..

Aku sakiti hati kau. Aku tidak tahu rasanya. Buat kau kecewa dan menangis.

Sekarang??

Saat kau cakap something yang perit, hati aku terus rasa dicucuk-cucuk. Leher panas tiba-tiba. Mata dah mula menahan ledakan air mata. Ya Allah, sakitnya.

Rasa tak berupaya. Perasaan aku bercampur-baur.

Sampai bila aku dapat bertahan dengan semua ni?? Apa kesudahan semua ni??

Makin hari, perasaan ni semakin kuat. Tak mungkin aku pergi lagi.



I miss you. I love you. I need you.

Saturday, June 15, 2013

Perit


Perit. Hati ni terasa perit.

Pedih. Pedih bagai dihiris.

Sakit. Sakit bila diabaikan.

Perasaan yang pertama kali ku rasa. Tidak ku duga, kaulah yang membuat ku rasa seperti ini. Aku bodoh membiarkan perasaan ni berlanjutan. Ku leka dengan kebahagian yang kau berikan. Aku lupa yang kau mempunyai yang lain.

Saban hari aku terseksa. Saat mataku terbuka, wajahmu menjelma. Sebelum memejamkan mata, dirimu yang kenang. Syaitan apa yang telah merasuk ku ini. Begitu alpa dengan cinta di dunia. Aku berlagak kuat, tap selalu tewas.

Kau mengajar aku erti bahagia. Begitu juga derita. Bersamamu ku rasa seperti kanak-kanak keriangan mendapat manisan. Tanpamu ku rasa dunia gelap tanpa sesiapa. Aku membayangkan dikau bersama si dia dan itu amat-amat menyeksakan aku. Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini. Aku berserah pada takdirmu. Aku berdoa yang terbaik buat kami berdua.

Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui  apa yang terbaik untuk hambamu. Andai jodoh kita masih kuat, InshaAllah kita pasti bertemu. Amin.

Tuesday, April 30, 2013

Kiyomi


Video nak mereleasekan tension. haha.

Friday, March 8, 2013

Hati & Perasaan??


   Hati dan perasaan ku memikirkan si dia yang jauh di mata tapi dekat di hati. Dia yang selalu ada ketika aku bersedih, ketika aku bosan, ketika aku kesunyian. Dia yeng menyukai aku dari dahulu sampai sekarang. Walaupun aku buat endah tak endah, tapi si dia tetap mengejar aku. 

   Entah mengapa hari makin hari kita semakin rapat. Perkataan sayang dan cinta acap kali ku dengar daripada bibirmu. Dulu aku anggap semua itu adalah mainan kata-katamu yang manis. Yang mampu mencairkan hati semua gadis. Tapi sekarang aku telah mula percaya. Adakah aku bodoh?? Aku telah meletakkan hatiku di tempat yang berisiko untuk disakiti.

   Sejenak berfikir, aku sudah mempunyai cinta hati aku. Walaupun dia tidak mempunyai masa untuk aku, tapi aku yakin yang dia sentiasa memikirkan, merindukan aku. Aku pun begitu. Cuma kadangkala, kehadiran si teman yang selalu melayani aku menyebabkan aku melupakan seketika cinta hati. Tapi tidak dapat aku sangkal, cinta hati lah yang utama.

   Kepada peneman yang setia, hubungan kita tidak akan ke mana. Kau sudah ada yang sayang, begitu juga aku. Walaupun kita saling menyayangi, tapi perasaan cinta aku pada cinta hati begitu kuat. Aku sayang kau sebagai seorang sahabat dan aku tidak ingin hubungan kita terputus. Aku doakan yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan kita semua. 


   

Wednesday, February 27, 2013

SK Ayer Molek


Salam u olls. Ari ni aku nak bercerita mengenai lawatan ke SK Ayer Molek. First time woo pergi ke sekolah dengan pakai uniform ni.

    Kami bertolak dari kolej pada pukul 8.30 pagi. Dalam 20 minit perjalanan, kami tiba ke destinasi. Aku punya la berdebor sebab aku bersama 2 orang lagi rakan iaitu Iffa dan Namirah akan memberi ceramah mengenai Amalan Gaya Hidup Sihat. ngee~ Nak nasihat orang konon. Kebersihan aku pun bukannya terjaga sangat. =P

   Jejak saja kaki aku di sekolah, terimbau kembali kenangan semasa di sekolah dahulu. Alangkah indah jika ku bisa undur semula waktu itu. Huhu. Kami segerombolan jururawat pelatih merayau0rayau seluruh sekolah. Pastu! Ade la cikgu pra sangat la comel. Auwww! Tergoda i. Tapi cover je la. Kang wat malu je. Kih3.

   Tepat pukul 9, kami pun menuju ke kelas 1 Kenanga. Terpegun mereka melihat kami. Hahaha!(ketawa setan) Mula la kami memberi talk kepada mereka. Wow! Respon mereka sangat la terlebih. Aku x abes cakap, da menyampuk. Nasib bek comel. Huhu. Selesai saja memberi talk, kami pun melakukan pemeriksaan fizikal pada mereka. Sume abes tepat pukul 11 pagi.

  Setelah selesai menghantar budak2 kecik ni pergi inject, kitaorang pun pulang la ke klinik masing2. Memang pengalaman yang menyeronokkan KOT. Kih3.

Da xde benda da. Tengok je la gambar kt bawah ni. =D


 Adik comel =D

Naqiuddin =)

Bahagianya muka. =='

Begitu bersemangat sekali!

Ape budak? Aiyaa~

K la. Itulah saja pengalaman saya. Wee~


Friday, February 22, 2013

Nasyid Yaw!


Salam u ollsssssss!!
Wah! Excited ni nak post entry baru. Ha le da berbulan x update. Aiyaaaaaaa~

Ari ni aku nak citer pasal nasyid!! Oh yeah!! Aku dengan beberapa orang lagi member masuk nasyid mewakili semester kami berentap dengan semester lain. Kami berlatih dalam masa yang singkat dan sebenarnya x ingin pun nak menang. So kami wat biasa2 je la. X de la gempak sangat macam time sem 2 dulu. Hoho.

Pertandingan start pukul 11.45 am. Kami wat persembahan last. Malas nk potpet tengok je la gambor ye. Hah! Kami dapat johan! Yeeehaaaaaaa!! =)

Saya le 2! Saya le 2!

Oh yeah!!


Lawak je. kih3

Trio

Dapat sejadah. cantek kn??

K la. 2 saja. Tata! =D


Tuesday, January 15, 2013

Sudah la.


Da la.
Jangan buat aku jatuh ati. 
Aku x nak dilukai.
Aku tahu siapa kau.