Tuesday, December 6, 2011

Padang Besaq!


Hari ni 6 Disember 2011, aku dan keluarga pergi jalan2 belah utara sana. Terus terang aku cakap, ni 1st time aku g sana. Kih3. Kami bertolak dari rumah opah (Taiping) dengan 'Mini Cooper' ayah aku. Kami agak lewat bertolak sebab aku bangun lambat. Eh! Adek aku pun bangun lambat gak. So bukan salah saya sorang. Ngee~

Dalam perjalanan ke utara 2, perut aku betol2 x selesa. Masuk angin la 2.Nak muntah! So ayah aku berhenti kt R&R Gurun. Berhenti je kereta, aku cepat2 lari ke tandas n muntah. Keluar habes sandwich yang aku makan pagi tadi. Rasa masam. Haha. Lepas sarapan, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Kire2 3 jam perjalanan, kami pun sampai ke destinasi iaitu Padang Besar, Perlis. Eh! Perlis ke? Ke Kedah? Aku pun x sure. Failed aku punye Geografi. Hehe. Da sampai tu, aku betolkan la baju aku yang da kedut2, tudung aku yang da nak tercabut 2 bagi lawa ckit. Mane la tau jumpe laki nsem ka. Ah! Gedik giler. Jeles laki aku kang. Haha.

Destinasi pertama semestinya kedai baju. Hehe. Setelah berjam pilih, berjam la sgt! Akhirnya aku dapat 1 je baju. Al2 red indian gitu. Bleh la aku pakai g tahlil. Haha. Teruk betol perangai. Aku usha gak handbag tapi xde yang berkenan. Makcik aku cakap aku cerewet. Mane ade! Aku ni x memilih orangnya. Cuma kalau bleh, nak la yang betol2 aku suka. Xmo la beli sebab
terpaksa. Tapi xde spe pun yang paksa aku. Kah3.

Selepas beli pape yang patut, kami pun beransur pulang. Penat owh. Penat jalan je la. K la aq penat taip ni. Meh la jemput tengok gambar2 yang telah disajikan di bawah ni. =)

Pemandangan bendang ye anak2 =)


Me wif my kazen, Ain. Die pakai high heels 2. Ngeh3~



Bajet model la ni. Hampeh! Haha.




Inilah bukti aku g padang besaq!




3 dak sengal lagi2 yang baju pink 2 (adek aku)



Ini kedai yang jual limau barli tepi jalan. Pilih! Pilih! Beli 1 dapat 1.



LASTLY...




Inilah baju yang aku beli 2. Cun x? Cun x? Kih3.

K la sampai di cni saja. Daaaaaaa~

Sunday, December 4, 2011

Masa depan di bawah komunis??

Adakah post ini akan menimbulkan kontroversi?? Oh tidak! Aku cuma ingin memberi pandangan n hakikatnya aku tiada idea lain nak buat post. kih3.

Ceritanya bermula apabila aku terdengar perbualan antara seorang driver bas yang berbangsa india dengan penumpang bas berbangsa cina..dan orang yang bertelinga lintah pula berbangsa melayu. Aiyoyo! Ni cam nak timbulkan isu races je. Mne de! Aku tak bermaksud begitu. Caya la caya la.. (wat muke comel cm shahid kapoor) Aq da start melalut da ni. Gggr!

Berbalik cerita tadi, sebenarnya aku dalam perjalanan pulang ke rumah tercinta dari M___ ke B____ P____. (teka la teka la) Then sedang aku syok nak tidor, aku terdengar la perbualan antara 2 manusia. Kuat betol suara driver 2, sakit ati aku. Nak berbual, g la warung kopi ka, kopitiam ka. Akak senior sebelah aku pun da membebel da. Sabor je la. Alang2 da dengar sore diorang berbual, aku pun pasang la telinga. Memang hobi aku dengor orang ngumpat, gosip, sume la. Dats why telinga aku ni selalu banyak tahi telinga. Eyt! Salah fakta 2. Kalau xdengor orang ngumpat pun, tahi telinga 2 akan tetap ada. Huhu.

Dalam diorang asyik ngobrol 2, aku dpt tangkap ayat driver 2..

"Ni Malaysia dalam 1000 tahun nanti, komunis yang akan ambil."

Err! Aku cepat2 decode mesej yang diterima. Kih3. Die ni pandai tilik ke? Die de kuasa la. Asal die x jadi penilik je, xpayah jadi driver. Kan senang, tengok muke, tengok tpk tgn je da dpt duit. X pyh berpeluh tgn nak pusing stereng kiri kanan, belok, selekoh maut segala. Erm.

Then ade ayat lagi...
"Yela sekarang ni orang melayu asyik gado ja."

Hah! Yang ni aku xboleh nafikan la. Da mmg betol. Inilah yang menyebabkan orang melayu jadi lemah. Sebab pe? Sebab suka gado la. Sebab pangkat, kuasa, harta gado. Hati busuk, hasad dengki, iri hati. Walaupun sama bangsa, agama, tetap x puas hati kalau orang tu lebih sikit. Kalau iri hati, kte kne la lawan dengan cara yang berhemah, xla dengan cara yang kotor. Sihir sane, santau. Ske sgt benda2 syirik, khurafat segala.

Setelah aku pk dengan dalmnya, x mustahil pe yang driver 2 cakap kalau orang melayu still cmni. Tapi xpe la, 1000 tahun lg kn, aku pun da mati. Ntah2 dunia ni pun da fanaa. Kuang3. Kenyataan aku ni agak membahayakan. Huhu.

Konklusinya, adakah anda sanggup ditadbir di bawah pimpinan yang berpandukan ajaran komunisme? Sanggup? Kalau sanggup lu pk la sendiri. (cilok ayat nabil sat)


Betol ke ni lambang komunis? Penat aku cari bintang tiga, xjumpe2. Kire halal la ye. Kih3.

K la daaa~~

Saturday, December 3, 2011

Fairwell

Assalamualaikum kepada semua readers di blog saya..
Setelah berbulan-bulan saya menghilangkan diri kerana ingin berbakti kepada ibu pertiwi, kini saya sudah kembali ingin menceritakan serba sedikit mengenai majlis fairwell yang telah berlangsung di kolej kejururawatan melaka pada tarikh yang telah saya lupa..hurmm..

Pada malam yang gilang gemilang itu, saya telah memakai baju nikah ibu saya kerana ingin mengurangkan budget..hehe..2 orang rakan saya juga telah mengenakan pakaian yang sama..(sibuk je diorang 2)

Hurm..malas la nk taip lagi, tengoklah je la gambar kt bawah ni..yeeehaaa!!

Inilah model antarabangsa yang kian meningkat namanya..kih3~

Pengantin remaja..=)

Trang tang tang..


Kih kih kih...

Konklusinya saya gembira la juga ngan majlis 2..tapi makanannya hampeh r! 2 yang saya x puas ati..

Ok la cukup disini..daaa~~~